oleh Bicara Pasir Mas
Mungkin sebelum ini usahkan menjejak kaki ke Kg. Tong - sebuah komuniti kecil dalam DUN Pengkalan Pasir di Parlimen Pasir Mas, bagi masyarakat di luar Pasir Mas mendengar namanya pun barangkali tidak pernah.
Kg. Tong bersebelahan dengan Kg Kubang Bemban dan berkongsi masjid mukim yang sama. Ia juga bersebelahan dengan Kg Padang To' La dan Kg Machang Dalam. Jaraknya dari bandar Pasir Mas hanya kira-kira 2 km sahaja.
Kg. Tong secara tradisinya melahirkan jaguh-jaguh dalam ilmu mempertahankan diri terutamanya silat, dan kini tomoi atau dikenali juga sebagai Tinju Siam. Tetapi kerana ketiadaan gelanggang yang sesuai, ramai antara mereka aktif di tempat lain.
Ini suatu kerugian kepada masyarakat di sini terutamanya anak-anak muda yang cukup berminat dengan sukan ini.
Hasil kesepakatan penduduk dan belia di kawasan ini, inisiatif diambil untuk membina gelanggang tomoi senagai tempat kegiatan anak muda yang mahu mendalami ilmu seni bela diri ini.
Dengan bantuan UMNO Cawangan Kg. Tong yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Awang, pembinaan gelanggang ini dapat direlisasikan dan pada pagi tadi (Jumaat 6 Ogos 2010) Majlis Perasmian Gelanggang Tomoi Kg. Tong telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.
Majlis Perasmian ini telah dihadiri kira-kira 200 orang dari kalangan penduduk kampung ini dan sekitar.
Dalam ucapannya, Dato' Hanafi berharap agar pembinaan gelanggang ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak muda dan penngiat tomoi. Beliau juga mahu agar Kg. Tong terus melahirkan jaguh-jaguh tomoi handalan sampai ke peringkat antarabangsa.
Dato' Hanafi juga menyentuh tentang kedudukan orang Melayu di tanahair yang semakin terhimpit, dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Beliau juga berpesan agar orang ramai dapat memikirkan kembali keputusan mengundi pembangkang pada pilihanraya lepas dan berharap agar memberi peluang kepada UMNO memberikan khidmatnya kepada penduduk.
Saksikan kemeriahan sekitar program pagi tadi.
Kad jemputan program diedarkan kira-kira 150 keping
Banner program
Ustaz Muhamad Awang, Ketua UMNO Cawangan Kg. Tong menyampaikan ucapan aluan
Antara hadirin yang hadir
Dato' Hanafi menyampaikan ucapan perasmian
Harapan Dato' Pi agar gelanggang ini menjadi pusat kegiatan belia di kawasan ini
Penduduk kampung tekun mendengar amanat Dato' Pi
Sebahagian besar golongan muda yang hadir
Sebahagian lagi hadirin
Orang ramai memenuhi kawasan gelanggang
Dato' Pi menyampaikan sumbangan peralatan tomoi
Mazlan.. penggerak kelab tomoi ini
Orang ramai tidak berganjak
Pertunjukan tomoi melibatkan juara tomoi dengan anak muda Kg. Tong
Yang berseluar merah khabarnya jaguh tomoi yang sudah merata-rata tempat menjadi jaguh dalam pertandingan tomoi
Pertunjukan diawasi oleh guru tomoi berpengalaman yang juga menjadi guru di gelanggang ini
Antara pelatih gelanggang ini
Masih perlukan sentuhan pakar
No comments:
Post a Comment