14 February 2010

Dato' Pi bersama rakyat di Kg Baru Pak Hussin

oleh Bicara Pasir Mas
 
Program : Majlis Bersama Pimpinan Masyarakat DUN Tendong
Tarikh : 13 Februari 2010
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balairaya, Kg Baru Pak Hussin, DUN Pengkalan Pasir






Dato' Pi bersama penduduk kampung

 
 Cikgu Noor mempengerusikan majlis mengalu-alukan kedatangan Dato' Pi

 
 Dato' Pi menyampaikan ucapan kepada hadirin
 
Tekun mendengar ucapan Dato' Pi

13 February 2010

Lebih 1,000 ikuti Pidato Perdana di Pangkal Kala, Pasir Mas

Nukilan Bicara Pasir Mas

Pada 12/02/2010 (Jumaat) Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas telah menganjurkan Majlis Pidato Perdana – Isu Royalti Minyak, Pembohongan dan Penyelewengan Pas. Program kali ini diadakan dalam DUN Tendong di rumah Penghulu Hamad, Pangkal Kala.

Ia adalah kesinambungan daripada beberapa siri ceramah anjuran UMNO Bahagian Pasir Mas melalui Biro Penerangannya yang sebelum ini telah diadakan di DUN Pengkalan Pasir dan DUN Chetok. 

Menurut Hj Ahmad Rosdi Mahmad, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang juga menjadi tulang belakang dalam menggerakkan biro ini, program ceramah seperti ini akan diteruskan malah akan diperhebatkan bagi memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang isu-isu semasa yang berlaku di negeri dan negara ini.

Ahmad Rosdi juga melahirkan keyakinan UMNO akan menambat kembali sokongan rakyat di Pasir Mas ekoran kesedaran rakyat terhadap kelemahan dan kemelut dalam kerajaan Pas Kelantan sekarang yang tidak berkesudahan.

Program kali ini menampilkan 2 orang penceramah dari Bachok, iaitu YB Dato' Dr Awang Adek Hussain, Timbalan Menteri Kewangan dan Ustaz Omar Khalid, pendakwah yang juga bekas ahli dewan ulamak Pas di samping Dato Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas sebagai tuan rumah.
Majlis ini sekali lagi dipengerusikan oleh Hj Zainuddin Mohd Noor, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan ini.

Program dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Mohd Hussin, bekas Johan Qari Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Beliau adalah salah seorang yang layak menerima insentif bulanan RM 2,000 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.
Alunan dan kelunakan suara johan qari ini memukau lebih 1,000 hadirin yang memenuhi segenap ruang di perakarangan halaman rumah Penghulu Hamad ini.

Dato' Hanafi Mamat turut menyampaikan ucapan aluan selama kira-kira 15 minit dengan melahirkan penghargaan kepada kedua-dua penceramah undangan. Beliau juga melahirkan keyakinan terhadap kembalinya sokongan rakyat kepada UMNO terutama dengan kehadiran orang ramai dalam program-program ceramah seperti ini.

Ceramah Ustaz Omar Khalid hampir 1 jam menarik hati hadirin dengan pengalaman luasnya selama lebih 35 tahun bersama Pas. Kehadiran Ustaz Omar sememangnya dinanti-nantikan orang ramai yang mahu mendengar sendiri penyelewengan-penyelewengan Pas termasuk menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata.

Sementara Dato' Dr Awang Adek pula bercerita mengenai fakta-fakta isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Pas Kelantan yang tidak berasas sehingga tidak berani membawa tuntutan ini ke mahkamah.

Kehadiran berpusu-pusu hadirin sejak jam 8.30 malam menyebabkan jalan di hadapan rumah Penghulu Hamad tidak mampu menampung bilangan kenderaan yang ada sehingga memaksa pasukan keselamatan menutup laluan berkenaan. Ini memaksa orang ramai berjalan kaki agak jauh untuk sampai.

Berikut adalah detik-detik menarik program berkenaan.

Banner program..
3 orang penceramah
Johan Qari Tilawah Al-Quran memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Ucapan aluan dari Dato' Hanafi Mamat

Ceramah Ustaz Omar Khalid

Dato' Dr Awang Adek membahaskan tuntutan Pas tidak berasas
Sebahagian daripada hadirin wanita
Tekun mendengar ceramah Ustaz Omar Khalid

Sebahagian lagi hadirin..
Sebahagian besar hadirin adalah orang sekitar kampung ini

09 February 2010

Majlis Bersama Pimpinan Masyarakat DUN Tendong

oleh Bicara Pasir Mas
Program : Majlis Bersama Pimpinan Masyarakat DUN Tendong
Tarikh : 7 Februari 2010
Masa : 9.30 malam
Tempat :Sekolah Kebangsaan Othman Talib 2, Tendong




Dato Pi memberikan ucapan kepada lebih 100 orang pimpinan masyarakat dalam DUN Tendong

Program ini lebih berbentuk ramah mesra dan pertukaran pendapat dalam memenangi semula hati rakyat di kawasan ini


Ramah Mesra Dato' Pi bersama kakitangan kerajaan

oleh Bicara Pasir Mas
Program : Ramah Mesra Pemimpin Bersama Kakitangan Kerajaan
Tarikh : 7 Februari 2010
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat :Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid 2





 Sebahagian daripada kakitangan kerajaan yang hadir

 Dato' Hanafi menyampaikan ucapan kepada kakitangan awam persekutuan

 Dato' Pi beramah mesra dengan pegawai kerajaan


08 February 2010

Dato' Pi bersama masyarakat Kg Binjal Pohon Tar

oleh Bicara Pasir Mas
 
Program : Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat
Tarikh : 6 Februari 2010
Masa : 9.30 malam - 11.30 malam
Tempat : Kg Binjal Pohon Tar, Kangkong


Kehadiran Dato' Hanafi Mamat ke kampung Binjal Pohon Tar, Binjal dalam DUN Chetok ini disambut meriah oleh kira-kira lebih 100 penduduk. Kunjungan Dato' ketua UMNO Pasir Mas ini adalah yang susulan kepada Program Dato' Pa bersama Rakyat di kampung ini bulan lepas.
 
Program itu masih menjadi kenangan manis kepada penduduk yang sebelum ini tidak pernah diadakan sebarang program besar tetapi pada hari berkenaan lebih 1,000 penduduk menyambut ketibaan Dato' Pa dengan pulut kuning dan bunga manggar. Pada program itu 108 ahli Pas isytihar keluar parti dan memohon menganggotai UMNO. Serentak dengan itu, Dato' Pa isytiharkan penubuhan cawangan baru UMNO dikenali sebagai cawangan Binjal Pohon Tar.

Kunjungan Dato' Pi kali ini mengeratkan lagi hubungan yang baru dijalin itu dan dari reaksi dan sambutan orang kampung menunjukkan penerimaan rakyat terhadap UMNO semakin baik.
 
Dato' Pi dan Che Johan Che Pa, Timbalan ketua UMNO Bahagian bersama penduduk kampung
 
 Penduduk kampung mengambil kesempatan meluahkan masalah kepada Dato' Pi
 
 Orang perempuan sibuk di dapur.. memanggang ayam

06 February 2010

Dato' Pi bersama penduduk meraikan Penghayatan Maal Hijrah di Bechah Durian


oleh Bicara Pasir Mas

Program : Majlis Penghayatan Maal Hijrah
Tarikh : 6 Februari 2010
Masa : 7.00 malam - 9.00 malam
Tempat : Madrasah Bechah Durian, DUN Tendong
Dato' Hj Hanafi Mamat diminta menyampaikan pesanan kepada para jemaah madrasah

Para jemaah tekun mendengar pesanan Abe Pi

02 February 2010

Dato' Mustapa Mohamad bersama lebih 1,000 penduduk Pengkalan Pasir

oleh Bicara Pasir Mas

Nama Program : Pemimpin Bersama Rakyat
Tarikh :  01 Februari 2010
Tempat : Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid 2 

Majlis Perjumpaan Khas melibatkan seluruh jawatankuasa UMNO Bahagian bersama YB Dato' Sri Mustapa Mohamad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Dewan Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Hamid 2, Pasir Mas.

Dato' Pa tiba tepat jam 9.30 malam dan disambut oleh Dato' Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian dan jawatankuasanya.

Program ini dihadiri oleh lebih 1,000 orang dari kalangan pimpinan Bahagian dan juga penduduk kampung-kampung berhampiran.

Antara lain dalam ucapannya Dato' Pa mengambil peluang menjelaskan perkembangan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan dari segi fakta perundangan dan sejarah penghasilan petroleum di negeri ini.

Dato' Pa juga menjelaskan komitmen kerajaan Pusat untuk terus membantu rakyat Kelantan biarpun menerima kata-kata nista dari Pas kerana menurut Dato' Pa, yang memerlukan bantuan adalah rakyat bukannya kerajaan negeri. Oleh itu rakyat Kelantan akan sentiasa menjadi keutamaan BN dan menjadi agenda besar mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.

Berikut adalah detik-detik menarik program berkenaan.

Dato' Pa bersama pimpinan UMNO Bahagian Pasir Mas

Dato' Pa bersiap sedia dengan fakta penjelasan isu tuntutan kerajaan negeri

Dato' Hanafi memberikan ucapan aluan

Dato' Pa memberi penerangan berkaitan isu tuntutan royalti minyak kerajaan Pas Kelantan

Dato' Pi tekun mendengar penerangan Dato' Pa

Sebahagian hadirin terpaksa berembun di luar kerana kerusi dalam dewan penuh

Dato' Pa sedang menyampaikan ceramah

Sebahagian lagi hadirin

Naib Ketua Pemuda, Sdra. Fareez dan Dato' Dr. Wan Suhaimi Wan Daud, aktivis masyarakat di kalangan hadirin

01 February 2010

PASIR MAS : Bumi Indah Budaya Menawan


Nukilan Bicara Pasir Mas

Kelantan merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri yang terdapat di dalam Malaysia. Kelantan terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia. Lokasi Kelantan adalah bersempadan dengan empat wilayah iaitu Thailand (Pattani) di timur laut, Perak (Hulu Perak) di barat, Pahang (Kuala Lipis) di selatan dan Terengganu (barat) di timur atau tenggara. Negeri Kelantan mempunyai keluasan sebanyak 1,492,200 hektar.

Jajahan Pasir Mas merupakan salah sebuah daerah daripada 10 jajahan yang terdapat dalam Negeri Kelantan. Ianya terdapat bersempadanan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di sebelah Utaranya. Ia juga bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah Barat dan di sebelah Selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Seluas 3.9 Peratus keluasan Negeri Kelantan adalah keluasan Jajahan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun, setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah di sandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun. 

Hampir 85 peratus daripada keluasan Jajahan Pasir Mas adalah terdiri daripada kawasan tanah rata. 15 peratus daripada Jajahan Pasir Mas adalah rendah dan berpaya.

pemandangan ini perkara biasa di Pasir Mas

Hampir keseluruhan Jajahan Pasir Mas yang seluas 577.52 KM persegi ini sudah diterokai dan di diami oleh penduduk.

Kebanyakkan tanah di Jajahan Pasir Mas adalah di tanam dengan jenis tanaman Pertanian seperti padi, getah dusun, sayur-sayuran dan sebagainya.

Jajahan Pasir Mas meliputi kawasan seluas 577.52 km persegi. Manakala seluas 139 km persegi terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Mas. Kawasan di luar Penguasa Tempatan ialah seluas 438.52 km persegi. 

Daerah Pasir Mas dan Daerah Rantau Panjang adalah dua kawasan yang menjadi tumpuan utama penempatan penduduk di Jajahan Pasir Mas. Dua kawasan ini menjadi tumpuan kerana ianya merupakan pusat perniagaan di mana terdapatnya pejabat-pejabat Kerajaan, Swasta dan juga pelbagai kemudahan-kemudahan lain di sekitarnya. Manakala penempatan di daerah-daerah lain kebanyakkannya bertaburan berdasarkan kepada faktor-faktor ekonomi dan sosial yang terdapat di kawasan tersebut.

Merujuk kepada bancian anggaran 2007 (Sumber:Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan), jumlah penduduk di Jajahan Pasir Mas adalah seramai 197,100 orang berbanding pada tahun 2006 iaitu seramai 193,400 orang. Jajahan Pasir Mas merupakan Jajahan kedua yang mempunyai penduduk paling ramai selepas Jajahan Kota Bharu.

Sumber : Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas